Saturday, December 15, 2018

LAWATAN KE PARLIMEN MALAYSIA


Pada 14 September 2016, saya bersama dengan rakan-rakan saya dan diiringi oleh dua orang guru iaitu Encik. Firdaus dan Puan Khaziah ke parlimen. Empat puluh orang pelajar telah bersama-sama melawat Parlimen Malaysia.

Image result for parlimen malaysia

Kira-kira pada pukul 7 pagi, saya dan rakan-rakan melaporkan diri kepada guru pengiring. Selepas melaporkan diri, guru pengiring telah memberi taklimat ringkas sebelum bertolak. Sebelum bas bertolak ke Parlimen Malaysia, guru pengiring telah mengagihkan makanan dan minuman kepada pelajar yang mengikuti lawatan.

Pada pukul 8.30 pagi, kami tiba di destinasinya. Selapas itu, kami mendengar dengan teliti taklimat ringkas daripada pegawai bertugas di Parlimen Malaysia. Lawatan kami diiringi bersama pengawai bertugas untuk melawat sekitar parlimen. Semasa kami melawat, kami sempat membaca sebuah artikel yang berjudul penubuhan parlimen.

Kira-kira tepat pada jam 10 pagi, kami berkumpul dan melihat Dewan Rakyat bersidang dan perarakan membawa masuk cokmar, ucapan Speaker Dewan. Apabila perbahasan bermula, ahli dewan berganti berhujah tentang pendapatan masing-masing. Pelbagai isu yang dibangkitkan di dalam Dewan Parlimen. Ada yang menepuk meja untuk membangkang.

Pada pukul 12 tengah hari, persidangan tersebut telah tamat. Selepas itu, kami telah menanya beberapa soalan tentang persidangan tersebut kepada pengawai dan guru pengiring kami. Mereka telah menerangkan dengan baik kepada kami. Kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari, kami bertolak dan balik ke sekolah. Kami berasa seronok dan mendapat pengalaman yang berharga.





No comments:

Post a Comment

CANVA

Hey guys !!! Here got a way to do posters, flyers, facebook cover, wallpapers, bookmark, letterhead and so on. You guys can finish it with...