LIDAH MERTUA ( SANSEVIERIA)
• Dikenali sebagai lidah mertua kerana bentuk daunnya yang tajam.
• Tanaman ini berasal dari daratan Afrika, Madagaskar dan Asia Selatan.
• Nama sansevieria diambil untuk menghormati pietro antonio sanseverino,
iaitu orang yang menjumpai tanaman ini (1724-1771)
• Ciri-cirinya adalah memiliki daun yang keras, tegak dan hujungnya
meruncing.
• Lidah mertua memiliki daun yang berwarna beragam,
mulai hijau tua, hijau muda, hijau abu-abu, perak, dan warna kombinasi putih
kuning atau hijau kuning
• Alur atau garis-garis yang terdapat pada helai daun
juga bervariasi, ada yang mengikuti arah serat daun, tidak beraturan, dan ada
juga yang zig-zag.
• Mampu menyimpan air dalam jumlah
yang banyak pada seluruh bahagian tubuhnya.
• Terdapat beberapa jenis lidah mertua seperti plantae,
monokotil, asparagaceae dan lain-lain.
• Contoh reka bentuk beberapa jenis lidah mertua adalah
:
i) berdaun pendek melingkar dalam bentuk roset
ii) kelompok panjang
memiliki daun meruncing seperti mata pedang
• Tanaman ini juga mengeluarkan kewangian dan
terlebihnya kewangian ketika berbunga.
• Daya serapan tanaman ini adalah agak tinggi sehingga
mampu menyerapkan 107 jenis racun dalam udara termasuk karbon monoksida, racun
rokok, benzena, formaldehyde dan lain-lain
• Semakin tebal daunnya, semakin tinggi daya serapannya
terhadap racun dalam udara
• Ketahanan juga tinggi sehingga pada suhu
yang cukup tinggi dan di bawah cahaya yang sangat luas, tumbuhan ini tetap segar.
• Lidah mertua juga merupakan salah satu model tanaman
yang akan menghasilkan oksigen tinggi. Klorofil yang melimpah akan membantunya
mempercepat melakukan fotosintesis. Hal ini yang menyebabkan tingkat oksigen
yang di hasilkan oleh tanaman tinggi.
Manfaat Lidah Mertua yang lain
•
Digunakan sebagai ubat batuk dan antiseptic dan
mengubati luka, penyakit darah tinggi, kencing manis.
•
Menghilangkan bau busuk dalam ruangan dan
mengeluarkan bau khas yang memberi ketenangan
•
Membantu menyerap radiasi yang dikeluarkan oleh
barang elektronik
No comments:
Post a Comment